html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Pengisian Cuti Semester II
Tuesday, November 19, 2013 | 8:49 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful

Vavavumm! Haha kembali lagi untuk menyambung entry lepas. Terasa macam lambat aku sambung kan? So sad sebab wifi rumah aku kena petir! Mengucap aku tengok modem wifi berasap. Terpaksa hold on dulu untuk sambung entry but now alhamdulillah wifi rumah dah ada balik! Happy me

Okay continue previous entry. As I told you aku ada pergi konvensyen 'Nikah Itu Cinta' serious woo best pergi! Banyak kot ilmu dapat dekat sana. Experienced yang tak akan dapat dekat mana-mana. Bukan senang nak jumpa moderator yang hebat-hebat such as Ustazah Hafizah Musa, Ustazah Laila, Imam Muda Nazrul, Imam Muda Asyraf, Hilal Asyraf, Ustaz Izhar and etc. Ramai yang bagi talk. Best sangat! Tak pernah mengantuk. Paling segar masa ada Heliza Helmi. Perghh perghh aku yang perempuan nie pon shocked tengok dia. Cantik dia masyaAllah!

The best message yang dapat dekat sana 'bercintalah selepas nikah' itu lebih indah. You got me? Hahaha okay after a few days kami bertiga as well aku, kina & intan berangkat ke Melaka sebab minggu Deepavali tuh kitaorang ada family day dekat Melaka. So kami anak dara bertiga nie berjalan lah naik bas dari kl ke Melaka. Best wokay travel dengan bff dari kecik nie. Hahaha

Haaaa gambar aku paling semangat disitu! Haha dah takde kerja kitaorang decide keluar jenjalan dekat Dataran Pahlawan and exercise naik dkt St John Fort Melaka. Mengah jugak naik tangga bertingkat-tingkat tuh but never mind. I love travel & adventurous! 


Dah penat mendaki kami bersantai! Best wooo dekat atas bukit ni sejuk je angin kuat! Acah-acah macam Titanic. Rasa macam nak tidur je sebab satu hal dah penat and the best part view daripada atas bukit nie Subhanallah cantik sangat! Nature lover is me! 

Hari Sabtu bermula lah family day kami di Bayou Lagoon Resort. Okay lah tempat dia tapi masih baru. Hotel pon satu bangunan je yang ada. It's okay because dapat gathering with my big family cik biru was the best part in my life!


Kitaorang memey macam gini. Selfie terlebih! Hahaha okay dah rindu moment-moment dekat sana. Tsk tsk :') kolam dia okay lah untuk budak-budak best lah rasanya. Semput turun naik tangga sebab nak main gelongsor punya pasal!


Apabila Cucu Cik Biru bergabung! Tak kisah lah budak-budak ke umur-umur macam aku ke dia punya ghairah main gelongsor tuh lain macam! Hahaha paling best sekali kitaorang ramai-ramai cucu cik biru nie naik gelongsor warna biru tuh seramai 14 orang rasanya. Campur sekali dengan cousin-cousin lelaki memang superb! Actually limit gelongsor tuh boleh naik 2 orang je kitaorang punya belasah sampai 14 orang! Mahu tak roboh gelongsor tuh! Guard pon tak jaga sangat masa tuh kemain havoc kitaorang main. Hahaha rinduuuuuuu!




The next day para-para lelaki ke medan perang. Perang lah sangat! Kelakar tengok mereka-meraka nie main. Ada yang tak nak gerak sembunyi je belakang penghadang. Ada yang berani sangat terus face-to-face menembaknya. Para-para wanita nie dapat tengok jelah dekat luar. Nak main sebab aku minat semua benda nie tapi dah lelaki je yang main segan plak. 


And this is the last day. Tak cukup sebenarnya family yang ada dalam gambar nie. Ramai yang dah balik. Nie je family yang tidur hotel. The rest sekadar datang and mandi kolam gathering dengan kami dekat hotel. Nak sumbat ramai-ramai memang tak muat cerita dia. Haha

Fuhhh finally habis pengisian cuti semester aku! Hahaha mostly family day lah hari yang paling aku nanti-nantikan bila cuti sekolah or cuti sem. Yelaaa masing-masing duduk jauh-jauh and sibuk dengan life masing-masing but once kalau dah jumpa memang cerita tak pernah nak habis. Dari budak-budak sampai lah ke yang tua. Masa breakfast mak-mak dengan ayah-ayah dah plan nak buat next family day. Dengar-dengar nak naik cruise. Interesting! Hopefully dapat lah. Lain dari yang lain. Family day atas kapal. Wuuuu aku bab-bab laut nie terlebih minat! Hahaha

Okay that's all. Next entry nak cerita pasal reunion sekolah rendah pulak. InsyaAllah akan update before balik Uitm this Sunday. Screaming!!! Tak nok balik Segamat. Tak nok :(  but by hook or by crook I have too. See you next time. 

Assalamualaikum..

TITLE; Pengisian Cuti Semester I
Tuesday, November 12, 2013 | 9:23 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful

Look at the calender, whattt? Sekarang dah 13 November 2013. Time fly like a bird laju sangat dan semestinya cuti semester dah nak habis. Sekarang baru ada kerajinan nak buat entry kan? Tengok jam dah pukul 12.38 am. Tak gheti-gheti nak tidur. Hehehe

Here we go memandangkan mood men'type' tuh dah datang and ayat semua dah ada dalam kepala cepat-cepat lah keluarkan ye? Kalau tak sepi je blog nie tak ada apa-apa news. Well as a student Uitm kitaorang dapat cuti awal sikit berbanding dengan Ipta/Ipts yang lain. Before cuti dah macam-macam idea and tempat nak pergi. Sanggup uolss tak makan dekat kolej semata-mata nak kumpul duit berjalan. Hehehe

Beberapa minggu before start cuti semester banyak sangat idea nak pergi jelajah tempat-tempat menarik esp kl. Menarik kah kl? Hahaha and secara sendirinya aku decided nak pergi ke kl bersendirian memandangkan ibuku kerjaaa. Kita jalan sorang-sorang lah nampak nya ye!

Kita jump terus mana aku pergi okay for the whole days masa cuti. 1 week spent time dekat KL macam biasa tidur rumah cousin dekat Serdang. Hari Khamis naik bus sesorang ibu drop dekat Larkin pepagi sebab tiket awal pukul 8.30. Yang kelakarnya dalam bas yang besar tuh cuma 4 orang je. Hahaha and paling seremmm aku seorang perempuan. AKU SEORANG okay -.- tawakkal pada Allah je aku masa tuh. 

Here the beginning of my break sem

Jumaat we all '4S' jenjalan dekat Jalan Tar and Times Square bertiga. Why aku mention '4S' sebab kami sepupu berempat dipanggil 'Sepupu Sahabat Sehidup Semati' Haaa so that's why it's called '4S' arraso? Keluar pulak bahasa korea aku. Tapi malangnya kami bertiga je yang berjalan which is aku, Kina & Intan. Cousin lagi seorang Dila tak dapat ikut sebab dekat Politeknik. 


Spot me! Yang pakai spek acah-acah macam pelampung tuh akulah. Wiwiwi seronok sangat dah nie sebab dapat makan Tutti Frutti. Hahaha favourite everytime! Ini masa dekat Times Square berjalan sampai sakit kaki sebab Intan nak cari barang dia yang kononnya dekat Times Square lebih murah daripada dekat Instagram. But it's fact actually! Barang dekat Instagram jual mahal-mahal sedangkan sama je kualiti yang dijual dekat mall lagi-lagi yang dijual dekat Times Square. Cuma yaahhhh untuk orang yang tak duduk dekat KL susah sikitlah nak beli. 

But guess what I've bought dekat Times Square?!


Taraaaaaaaa!! Hahaha macam comel je macam comel je. Tak gitu? Tetiba nampak baju comel Mooo Cow tuh and terus teringat dekat buah hati pengarang jantung budak tecik Umar so I decided beli. Bila dia pakai masyaAllah comel benar! Terus jatuh hati sekali lagi tahap maksimum! Hahaha


Macam comel je macam comel je. Haaaa kau tak rasa macam nak gigit pipi budak kecik nie bila dia pakai baju Cow yang aku beli? Super duper handsome tambah dengan comel. Sincerely Umar I'm in love with you. Hahaha okay dah rindu Umar dah *tears aunty rindu Umar!!

Okay you better stop it Wawa. Hehehe continue cerita hari Sabtu Ahad aku ada ngedate dengan cousin aku Kina pergi Konvensyen Nikah Itu Cinta dekat UM. Perghh perghh pergi talk cinta cintun. Kau hadooo? Hahaha 




'Kerana Cinta Kita Tuainya Di Syurga' sedap tak tagline? Bukan bermakna aku dah gatal nak kahwin bila pergi konvesyen nie but sometimes bila kita dah masuk ke fasa dewasa kita mesti ada ilmu. Sebab mostly masa dewasa nielah kita banyak fikirkan pasal perasaan lah cinta lah dan sebagainya. So tak ada salahnya aku pergi konvesyen 2 hari yang banyak sangat manfaat dia. MasyaAllah rindu nak dengar lagi ilmu-ilmu daripada ustazah& ustaz yang superb hebat! Sungguh ilmu & pengalaman yang mereka kongsikan banyak sangat bagi pengajaran untuk aku dan peserta yang datang. InsyaAllah kalau ada lagi majlis ilmu yang macam ini seriously aku nak pergi! Sekali sekala keluarkan duit untuk ilmu. Tak rugi apa-apa pun.

Okay okay dah panjang sangat nie aku membebel. InsyaAllah sambungannya akan datang. Nak cerita A to Z tak tidur aku gini. Pfftt *sumber gambar semua dari my Instagram: Najwaaamn. Promote sikit. Hehee

P/S: Esok Rabu 9 Muharram disunatkan berpuasa sekali hari Khamis 10 Muharram. So grab the chance to  
       get pahala yang sangat banyak dan manfaatnya. Before I end the entry, Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum..



Old things