TITLE; Pengalaman Lalu
Thursday, February 3, 2011 | 6:05 AM | 0 comments
Awat tetiba aku bagi korang tatap kereta ambulance nie? HAHA. setiap apa yg kita lakukan mesti bersebab right? entry hari ini, aku nak cerita dekat korang pengalaman aku naik ambulance. mungkin bagi sesetengah orang nampak macam biasa je kan. tapi, bila korang dapat rasa and naik ambulance nie, korang akan rasa suatu perbezaan. serious aku cakap!
act, tadi masa aku balik dari beli ikan, ada laa 1 ambulance nie lalu. dengan bunyi siren nya. tue yg terus aku teringat pengalaman aku masa naik ambulance tu. terus aku terfikir nak buat entry pasal pengalaman aku dekat sesawang aku nie. ceyy~
aku naik ambulance masa arwah ayah aku meninggal. masa tuh nak hantar ayah aku balik rumah setelah doktor mengesahkan yang arwah meninggal. masa tuh dalam pukul 7 lebih gitu laa. tak igt sangat laa sebab arwah ayah meninggal pukul 6.50 lebih. tunggu selesai kan urusan hospital lg. makan masa laa juga.
aku naik ambulance dengan abang aku. masa tuh memang air mata aku tak henti henti laa. tapi yang aku FRUST nya! orang yang bawak ambulance tak bunyi kan SIREN sangat! erkk -.-'' aku igtkan dapat laa juga rasa macam mana kenderaan semua ketepi bagi ambulance lalu. kadang kadang tuh ada laa jugak pemandu ambulance tuh bunyikan siren. bila time traffic light panjang, dia bukak ar siren tuh. pemalas punya pemandu ambulance =.= HAHA.
tapi, masa aku dekat dalam ambulance tuh bersama dengan abang aku and mayat arwah ayah aku. aku rasa lain sangat! nak kata takut tuh, tak laaa. tapi ada laa jugak. tapi... tapi... aku dapat rasakan yang arwah ayah aku tuh still hidup lagi! dia just tidur jee masa tuh! sungguh aku cakap.
bila ambulance tuh belok je, mayat arwah ayah aku tuh pon ikut bergerak juga laa. thats why aku dapat rasa kan ayah aku still hidup lagi. yelaaa, first time kena kan.. so masa tuh, aku macam tak dapat terima hakikat lagi laa. dalam ambulance tuh, aku banyak tengok mayat arwah ayah aku. teringat kembali kenangan semasa aku hidup dengan dia selama 14 tahun.
memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila bila laa. act, bila dah naik ambulance tuh, aku tak rasa pape. then, bila aku tgk ambulance lalu dekat jalan raya, automatik otak aku teringat masa aku ada dalam ambulance yg aku naik tuh.
setiap apa yang berlaku tuh pasti ada hikmah nya.. dan sekarang, alhamdulillah aku da dapat terima hakikat yang ayah aku da takde. just bila aku rindu ayah aku, and dia takde dekat rumah. aku anggap yang ayah aku pergi kerja. bila da malam dia tak balik juga, aku anggap yang ayah aku kerja sampai besok pagi. act, masa dia hidup dulu memang selalu dia buat kerja overtime & overnight. so, takde laa aku rasa janggal sangat.
sekarang pon dah setahun lebih dia pergi. aku sebagai anak hanya boleh mendoakan yang terbaik je untuk dia. semoga dia ditempatkan ditempat orang orang yang beriman~ aminn :)
okayy, tu jee nak story. pengalaman yang best bagi aku! hehe. TADAA~ nak tgk cerita aku.
cj7! i'm coming..






