TITLE; Milky Couple :)
Saturday, March 19, 2011 | 10:36 PM | 0 comments
IU ----> seorang penyanyi korea yang comel. aku kenal dia dalam cerita Dream High. siapa yang tgk dream high akan kenal dia. dan siapa yang sentiasa mengikuti perkembangan industri seni korea juga kenal dia.
wooyoung 2pm ---> seorang jejaka korea yang aku kenali dalam kumpulan 2pm. juga berlakon dalam drama Dream High.
motif aku update tajuk nie ialah aku minat sangat dengan diaorang. mula meminati diaorang masa tgk cte Dream High. IU comel sangat dalam cerita nih. sama laa dengan Wooyoung.
dalam Dream High diaorang bercinta. mula-mula tuh masing-masing tak nak mengaku yang diaorang da fall in love. yang sentiasa menunjukkan perasaan cuma IU sorang je. masa drama Dream High nie start, IU seorang yang gemok. tp da pertengahan cerita IU jadi kurus sebab nak menawan hati Wooyoung nih.
bila da lama-lama baru diaorang admit perasaan diaorang. sweet je diaorang dalam cerita nih. jealous tau aku! yang paling membuatkan aku jealous tuh, dalam phone wooyoung dalam drama nih ada gmbr perempuan. dekat wall lagi! act, dekat wall phone wooyoung gambar IU masa gemok even IU da kurus, dia still letak gambar IU masa gemok. sweet kan ^^, jealous ohh aku!
so peminat-peminat diaorang nih gelarkan diaorang Milky Couple :)
kalau diaorang couple betul-betul luar dari bidang lakonan pon aku still suka <3 diaorang nampak comel sangat bersama. hehee ;) siapa-siapa yang belum tgk drama Dream High nie, sila-sila laa tgk. yang minat korea jelaa. yang tak minat tuh tak payah! sebab aku rasa nanti korang akan cakap 'buang masa je!'. betul tak?
korang just pergi http://www.mysoju.com/ dan cari tajuk cerita Dream High. byk sebenarnya moral dalam cerita nih. persahabatan ada, sikap hormat-menghormati terhadap cikgu ada, pengorbanan seorang cikgu & anak murid juga ada. cinta cintun haruslaa ada kan. hehee ;] so, enjoy watching!








