html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Lafaz Yang Tersimpan
Sunday, June 19, 2011 | 4:24 AM | 2 comments

Selamat Hari Bapa semua :)

dikesempatan ini, aku nak wish happy father's day to all father out there. aku tak nak buat entry yang sedih-2 sebenarnya. tp bila dikaitkan dengan ayah nie, aku jadi sayu pulak. maklum laa hati perempuan. cepat tersentuh. lagi-2 hati aku nie. lembut bak kapas.


Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
tak dapat aku gambar betapa hebatnya kasih sayang seorang bapa. tak pernah bosan mencari rezeki untuk seisi keluarga. walaupun pelbagai masalah yang dihadapi, sedikit pon tidak pernah diluahkan. takut ianya akan mengundang kerisauan di hati isteri & anak-anak.


'' ayah, terima kasih kerana menjaga kita sampai umur kita 14 tahun. walaupun ayah
tak dapat nak melindungi & menjaga kita sehingga kita bergelar isteri satu hari nanti, kita
tahu! ayah pasti mendoakan diri kita dari jauh. ''

'' ayah, kita minta maaf andai selama ini kita pernah sakitkan hati ayah, buat ayah
tersinggung, banyak menyusahkan ayah, buat ayah kecil hati. kita 
minta maaf & minta ampun dari hujung rambut sampai
ke hujung kaki. kita minta maaf andai selama ayah hidup, ayah 
tidak pernah mendengar ungkapan sayang zahir dari bibir kita. tapi, cukuplah
sekadar bahasa badan yang menzahirkannya. betapa kita sayangkan ayah ''

''  ayah, disaat kita masih memerlukan seorang lelaki yang boleh melindungi kita, 
ayah pergi buat selama-lamanya. kita redha dengan ketentuanNya. kita tahu, kita
mampu menjalani kehidupan ini tanpa seorang insan yang bergelar ayah dan kita
tahu ayah percaya bahawa puteri tunggal ayah ini mampu hidup berdikari
tanpa hadirnya diri ayah disisi kita. ''

'' ungkapan terakhir dari seorang anak yang sentiasa merindukan seorang ayah..
kita sayang ayah <3 sehingga akhir hayat kita ''



Old things | New things