TITLE; Dari Hati
Monday, July 11, 2011 | 2:16 AM | 0 comments
"Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Bahawa kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut, dan mesti diuji — kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini."pening kepala. itu situasi aku skrg nie. aku tak tahu kenapa, hari nie aku tertekan sgt. dah puas aku luahkan isi hati aku kepada-Nya. tp tkde apa-apa yg berubah.. air mata aku dah byk mengalir. kepala aku dah naik pening.
aku tak tahu kenapa aku jadi gini. mungkin aku sedar yang aku banyak menyusahkan orang. aku banyak buat orang lain penat sebab aku. aku banyak memerintah orang tanpa aku sedar. Aku Baru Sedar Semua Tuh!
aku tak tahu nak luah dekat siapa. hanya Dia sahaja tempat untuk aku luahkan segalanyaa yang ada dalam hati aku nie. selalunya aku luahkan dekat cousin aku. tp situasi skrg nie aku tahu yang dia tak akan faham hati aku sebab aku sendiri tak faham hati aku!
aku nak seseorang hadir dalam diri aku. seseorang yang dekat dengan aku. terlalu dekat! seseorang yang memahami isi hati aku, seseorang yang datang usap belakang aku dan tenangkan aku, seseorang yang sedia ada untuk meminjam bahu dia untuk aku luahkan segalanya. seseorang yang datang memeluk aku dan mengesat titisan air mata aku sambil berkata 'everything will be ok. just kau beri sepenuh kepercayaan & keyakinan kau kepadaNya, then semuanya akan berubah'. aku nak seseorang yang kenal aku disaat aku senang dan susah. tak perlu diungkapkan, dia sudah tahu aku berada didalam kekusutan.
Ya Allah, kau anugerahkan lah seseorang seperti itu untuk aku. aku tahu aku sudah mempunyai diriMu, tetapi aku tak mampu menatap wajahMu Ya Allah.. aku tak mampu menyentuhMu Ya Allah.. aku cuma mampu meluahkan segalanya kepadaMu. aku perlukan seseorang yang mampu memahami aku & menerima aku seadanya.
Alhamdulillah ketenangan mula hadir dalam diri aku sedikit demi sedikit. semoga ketenangan ini berkekalan dengan kehendakNya. InsyaAllah.. (Terima Kasih Allah ^^)









