html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Aku Hati Tisu, Tapi....
Sunday, December 11, 2011 | 12:28 AM | 0 comments


Ada orang cakap aku kelakar, ada orang cakap aku hati lembut, ada orang cakap aku cepat tersentuh, ada orang cakap aku hati tisu. akan menangis apabila keseorangan, akan menangis walaupun hal yang remeh-temeh. semua orang yang cakap kannn? aku cakap? aku seorang yang cepat mengalah!

adakah sudah terlambat untuk aku cerita pasal filem Ombak Rindu? lambat pon lambat lahhh. hikhikhik ;) orang semua sibuk cerita pasal Ombak Rindu lepas tonton cerita tuh. memandangkan aku dah tonton, so aku nak cerita juga!

dua kali aku tengok cerita Ombak Rindu ni. first, aku tengok hari rabu minggu selepas cerita Ombak Rindu keluar. lambat kan aku tengok? padahal tak sekolah. well, manusia yang selalu hang dengan aku just cousin aku. memandangkan cousin aku SPM, terpaksa lah tnggu dia habis exam dulu. tak baik kacau orang nak periksa.

second time aku tengok semalam malam dengan mak aku. dia sibuk nak tengok, so aku sebagai anak yang sentiasa teman dia mana dia pergi terpaksa ikut juga. feedback penonton yang aku dapat, ramai yang meleleh tengok. yang lelaki pon sibuk kesat air mata tengok cerita Ombak Rindu. padahal hati kental tuh!

tapi malangnya, aku tak menangis pon tengok Ombak Rindu! dua kali aku tengok, tetap tak menangis! sedangkan aku nie hati tisu. tak boleh usik bab-bab hati nie sikit. mesti aku sebak. tak sebak pon menangis sambil dengar lagu sedih. tapi kenapa aku tengok Ombak Rindu aku tak menangis! musykil juga aku.

tengah tengok Ombak Rindu, aku dok sibuk toleh kiri kanan tengok mana-mana penonton yang meleleh. kebanyakkan nya perempuan lah. aku pulak ketawa tengok dorang touching bagai. hahaha :D keluar wayang, aku saja perhatikan manusia-manusia yang baru lepas tengok Ombak Rindu. manalah tau nampak mata dorang merah ke, hidung dorang merah ke. nakal kan aku? hahaha ;)

dah lama tak update, panjang pulak entry aku kali nie. haha :D tapi kan kan kan, aku menangis bila dengar lagu Ombak Rindu dengan lagu Lara Lagi sambil pejam mata ^^ menusuk ke kalbu tuh!


Old things | New things