TITLE; Say Goodbye For A While
Friday, June 8, 2012 | 7:49 PM | 0 comments
Assalamualaikum :)
Hai everyone! Well, lagi sehari lepas tuh dah sekolah balik. I love it! Takde lah aku terperap dekat rumah seorang-seorang kan? Seriously amat membosankan!
Semalam macam biasa bila hari jumaat, aku pergi tusyen BM. Cikgu aku dah mula ingatkan calon SPM nie bahawasanya Peperiksaan Sijil Malaysia hanya tinggal 21 minggu sahaja lagi! Whattthheeeee -.- sungguh aku tak percaya. Balik rumah cari kalender dan kira. Memang betol bro! Aku dah dedo dan dah mula risau.
So, memandangkan SPM just around the corner aku berazam untuk tidak buka internet, baca novel bagai. Lagi pun selama abang aku ada dekat rumah sebab cuti sem, aku guna lappy dia je. Computer yang tersedia ada dekat dalam rumah nie dah tak berusik langsung. Nampak sangat aku nie habis madu sepah dibuangkan? Hehe. Hari ini abang aku balik kampus dia balik, so no more lappy in the house~ Haha. That's mean no more facebook, no more twitter, no more tumblr and no more blogging! Aku akan buka andai ada masa je. Jarang-jarang lah nampaknya ye :)
Just stay at home and start to study seriously. Aku dah tak boleh main-main. Masa berjalan dengan cepat sekarang nie, so aku dah kena wake up! Lihat dunia dan lihat masa. Aku dah tak boleh nak syok tengok korea bagai. Bermula saat ini, hidup aku hanya perlu ditemani dengan buku sahaja. Fuhhhh~ Cikgu tusyen aku selalu ingatkan, 'Biar kita menangis sekarang, jangan menangis nanti masa ambil slip keputusan. Biar kita menangis sebab keputusan kita gempak banyak A' Itu yang selalu diasak-asak dalam fikiran anak murid dia.
Dalam masa yang sama juga, dah alang-alang update blog nie kan, I want to say sorry to everyone bagi sesiapa yang terbaca entry aku kali nie, minta maaf andai aku pernah mengguris atau menyakiti atau menyinggung perasaan sesiapa. Do pray for me in SPM nanti. Doakan aku dapat jawab semuaaaaa soalan yang akan diberikan. Doakan aku tenang semasa jawab soalan nanti and the most important thing, DOAKAN AKU DAPAT BANYAK A DALAM SPM!
All candidate's SPM, jom semua ramai-ramai kita gegarkan Malaysia dengan kenaikan peratus kecemerlangan SPM batch 95. Okayy? I will pray all of you get awesome result. InsyaAllah :) Kita sama-sama berperang hingga ke titisan darah yang terakhir. Cewahhh ayat aku~ Nak kemana? Haha.
Rasa dah macam panjang gitu entry aku nie. Dah boleh jadi karangan dah! Haha. So here I am Wawa mengundurkan diri untuk beberapa bulan. Kita jumpa lepas SPM nanti. Kalau ada apa-apa just PM aku okayy. Itu pun bagi sesiapa yang ada contact number aku lah. Huhu :)
See you guys soon. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Sayangi dan cintai Allah, Rasul, ibu ayah, keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan yang terakhir diri sendiri. InsyaAllah :) Bye!






