TITLE; Dia Sayangkan Kita Sebenarnya..
Sunday, July 22, 2012 | 2:11 AM | 0 comments
Assalamualaikum :)
“Sepahit apapun kehidupan yang kita hadapi, yakinlah akan tetap ada kebaikan menghampiri kita, kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita walau seinci.”
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dapat bernafas dan Allah masih memberi kita kesempatan untuk meminjam segala nikmatNya. Syukur :)
Dah 2 hari umat Islam menyambut bulan yang penuh barakah ini. Amacam? Seronok? Syukur aku seronok sebab Allah izinkan aku jumpa Ramadhan sekali lagi sedangkan ada yang tidak sempat. Jadi, ambil lah peluang yang Allah berikan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. InsyaAllah
Sejak dua menjak ini, banyak Allah turunkan ujian pada aku. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa semua ini terjadi? Kenapa aku kena hadapi semua ini? Kenapa? Kenapa? dan Kenapa? Tak banyak masalah aku, aku cerita dekat kawan-kawan or cousin aku. Masalah kali ini lah. Sebab aku tahu, dorang pon ada masalah juga and kalau aku cerita pon tak semestinya dorang boleh selesaikan kan?
Aku banyak mengadu pada Allah. Bagi aku apa yang terjadi semua dah ditentukan olehNya. Dia Maha Mengetahui dan Dia tersangat lah faham apa yang aku rasa. Daripada kita cerita dekat kawan-kawan, kadang-kadang masalah yang kita rasa berat, bagi dorang semua tuh biasa je sebab dorang tak rasa. So, nak rasa bagi puas hati ceritalah semuanya pada Allah. Kalau nak menangis pon, tak rasa malu sangat kan.
Tapi, aku bersyukur sekali lagi sebab dengan ujian yang aku hadapi inilah aku dapat muhasabah diri aku. Aku kenal siapa diri aku sebenarnya. Aku tahu Allah rindu dan sayangkan aku. That's way Allah bagi aku ujian supaya aku dapat meluahkan segala apa yang aku rasa padaNya. Dia rindu tangisan aku. Dia rindu nak dengar segala cerita aku.
Aku pernah baca satu artikel, 'Allah menyuruh malaikat menurunkan ujian kepada hambaNya sebab Allah rindukan hamba-hambaNya.' See! Sweetkan Allah? Dia buat cara yang lain sikit nak tunjukkan yang Dia rindukan kita. Kalau korang rindukan someone, korang boleh text or call kan? Tapi Allah lain sikit. Dia bagi kita ujian untuk tunjukkan yang Dia rindukan kita.
Andai korang ditimpa masalah atau ujian, jangan mengeluh dan jangan marah. Ingatlah Allah rindukan korang sebenarnya. Ingat senang korang nak dapat rindu daripada Allah? Bersyukurlah~ Allah masih ingatkan kita. Kalau tidak, Dia dah lupakan dan biarkan kita macam tuh je.
Alhamdulillah, sekarang aku mengejar cinta yang sejati bukan cinta plastik. Aku mengejar cinta Si Pencipta yang sentiasa mencintai hambaNya. Biarlah manusia membenci aku sekalipun asalkan Allah tak jemu memandang dan mencintai aku sebagai hambaNya yang sentiasa alpa.
Pada bulan yang penuh barakah ini, penuhilah hati yang diberi pinjam untuk sementara ini dengan amal ibadah. Sentiasa melakukan kebaikan dan upgrade pahala dan cuba hindari daripada melakukan dosa. Ingatlah, setiap apa yang berlaku semuanya ada reason dan Dia Sayangkan Kita Sebenarnya :) Selamat Berpuasa!





