html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Kehidupan Baru
Monday, December 31, 2012 | 8:13 PM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful


Alhamdulillah syukur Ya Allah kehidupan baru 2013 telah pun bermula hari ini. Malam semalam tidak lain tidak bukan mesti ada yang celebrate tahun baru dekat mana-mana kan? Aku just duduk dekat rumah tengok tv. Mungkin ada orang tanya, tak celebrate dekat mana-mana? Just jawab, Alhamdulillah dah celebrate tahun baru tapi mengikut kalender Islam iaitu 1 Muharam dekat rumah baca Yasin. Itu lebih baik bukan?

Dekat twitter ramai duk sibuk bercerita tentang azam 2013. Azam anda bagaimana? Dari tahun yang sebelum sebelum nie macam-macam azam yang nak dibuat tapi ada yang terlaksana? Moga-moga ada :) Tahun baru yang diberkati Allah ini, sebuah jihad telah pon aku azamkan. InsyaAllah moga ada perubahan dalam diri aku. Tak nak bagitahu apa azamnya sebab takut orang kata riak. Nauzubillah~

Biarlah hanya Allah dan beberapa rakan yang tahu. Semoga iringan doa daripada mereka dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah aku titipkan azam yang ingin aku laksanakan tercapai. InsyaAllah~ Sebagai umum nya, aku ingin berubah kearah yang lebih baik iaitu menjadi seorang hamba Allah & seorang muslimah yang lebih tawadduk dalam menunaikan segala kewajiban nya. Secara tidak langsung, ingin sentiasa istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Pencipta. InsyaAllah :)

Sempena tarikh yang cukup indah ini 1/1/2013 aku sentiasa mendoakan semua insan yang aku sayang termasuklah follower aku dekat blog, twitter & facebook dilindungi oleh Allah dalam setiap langkah dan gerak geri. Jangan lupa sentiasa muhasabah diri dan berpaling sedikit ke masa lalu.. Bukan untuk mencari kesilapan orang lain tetapi mengambil pengajaran agar mutu kehidupan kita yang seterusnya akan lebih baik dan melakukan setiap perkara lillahita'ala. InsyaAllah :)


# blog sudah berubah sempena kehidupan baru. Thanks to Mahfuzah for this beautiful makeover :)

Till then..

Assalamualaikum..



Old things | New things