TITLE; Fobia Pada Lelaki?
Saturday, February 16, 2013 | 9:14 PM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful
Again Hello! *lambai tangan. Sihat anda yang sedang membaca? Hopefully Allah melimpahkan kesihatan yang sempurna buat anda semua. InsyaAllah :) Tajuk entry kali ini nampak horror kan? Haha :D Act, dah lama nak buat entry pasal fobia pada lelaki nie, cuma there's no idea popping out of my mind lah. Haaaa sekarang nie rasa ada idea... KOT laahh
As ramai orang tahu, sekarang nie raaaaamai sangat perempuan-perempuan dekat luar sana yang takut untuk berumah tangga. Cehhh gila kann budak 18 tahun cakap pasal marriage-marriage nie? Choyyyy! Bukan apa cuma aku rasa curious kenapa perempuan wanita lah senang cerita lebih suka hidup menyendiri even umur dah lanjut.
Kalau dilihat, okay je umur dah cun untuk kahwin dalam 25 and above, kerja dah tetap duit dah ada. Nak kata tak pandai masak, ehh serious tak percaya sebab umur-umur dalam belas-belas pun dah ramai budak yang pandai masak tapi tak termasuk aku lah. Hahaha :D So kenapa tak kahwin-kahwin lagi? Sila beri pendapat anda. Cehhh!
Aku pon terfikir, adakah wanita seperti ini 'FOBIA PADA LELAKI?' rasa macam pelik je kan fobia-fobia bagai nie. Aku kaji punya kaji *nampak sangat aku dah takde kerja. It's like bukan fobia pada lelaki cuma as a girl or woman kami lebih suka bersikap BERHATI-HATI. Bukan mudah act nak hidup dalam alam perkahwinan nie. Berdasarkan apa yang aku baca dekat novel, ada ayat yang mengatakan 'perkahwinan ini ibarat percaturan' sama ada lepas berkahwin kita mampu handle atau tidak perkahwinan itu untuk bahagia atau menderita. Ianya lebih kepada kita tak tau in the future apa ujian yang Allah akan bagi dalam setiap perkahwinan tuh. Faham? Hahaha :D
Sometimes dengan apa yang aku tgk dekat sekeliling aku apa yang berlaku, ada lah terbit dari hati aku sedikit takut untuk berkenalan dengan lelaki. Bukan apa~ cuma ianya lebih kepada 'hati' & 'perasaan' takut disakiti & dikhianati. Tapi tapi insyaAllah aku masih straight to the point bukan songsang-songsang corner-corner nie. Hahaha :D Environment banyak menunjukkan lelaki bersikap itu, bersikap ini.. Dekat tv nya lain, novel lagi and the most important thing, keluarga dekat aku sendiri. Tapi tak bermaksud lelaki semua jahat okeh! Ada je dekat luar sana lelaki yang baik, soleh taat pada Allah macam orang yang tengah baca nie. Cehh *pancing. Haha ;) Tak percaya? Tengok ayah kita, baik dan sayang dekat kita. Kann?
Bak kata kakak sepupu aku ' biarlah lambat kahwin, cari pasangan yang betul-betul' Haaaa dengar tuh anak-anak! Hahaha :D relaks lah mak aku kahwin dengan arwah ayah aku pun masa umur 33 tahun. Dapat aku umur 37 tahun. Okayy what? Hahaha :D *tapi asal aku rasa mcm lmbt je aku keluar? Hahah ;)
So kepada para lelaki diluar sana, sila jangan marah dengan entry kali ini. Ini sekadar sudut pandangan dari seorang perempuan yang baru berumur 18 TAHUN. Ayam-ayam punya entry je nie. Hahaha :D Cuma kita sebagai hambaNya jangan putus asa berdoa hari demi hari agar satu hari nanti Allah pertemukan kita dengan insan yang mencintai kita keranaNya. InsyaAllah :D
''Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)''
Trust yourself & trust Allah. Believe He is the best planner ever! Till then..
Assalamualaikum..