html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Be A Good One
Thursday, March 28, 2013 | 9:48 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful

Study... Bila orang cakap pasal study its nearly means study and dying maybe? Hahaha XD Tapi bagi aku bila cakap pasal study nie ianya bergantung kepada cara seseorang. Ada yang suka study awal-awal. Lepas habis kelas or sekolah terus buat revision. Ada yang dah last-last minute lagi 2 3 hari nak exam baru study. Ada yang lebih dasyat esok nak exam malamnya baru study. Haaa nampak kan? Tapi aku yang lagi 2 3 hari nak exam lah baru study gila-gila.

Entry kali nie nak cerita macam mana budak yang memang TAK PANDAI nie tapi Alhamdulillah boleh score dalam exam spm. Maybe a little bit panjang lah entry kali nie. Kepada yang tak berminat boleh lah pergi tekan button merah X tuh ye. Hopefully bagi sesiapa junior-junior nak amik exam UPSR, PMR or SPM dapat take a learn from this entry, insyaAllah. Tak banyak sikit kita berkongsi ilmu, insyaAllah mana yang bermanfaat diambil sebagai panduan. Kita sama-sama berjaya ye ;)

I'm not a science stream student. Aku amik subjek akaun, ekonomi asas & ict which is masa mula-mula amik rasa memang tak confident langsung nak belajar subjek akaun. Serious talk! Form 4 merupakan tahun yang paling 'berhantu' bagi aku sebab subjek akaun memang subjek yang akan fail dalam exam. Tak pernah lulus! Nak jejak markah atas pagar pun tak pernah merasa. Honestly!

Aku merupakan seorang yang suka tidur dalam kelas, buat bising kadang-kadang baca novel. Hahaha XD Masa form 4 lah.. Naik form 5 dah kurang sikit disebabkan kesedaran aku seorang candidate's spm. Form 5 dah start duduk depan dalam kelas supaya senang nak fokus. Kadang-kadang tuh pergi belakang jugak lepak dengan kawan-kawan. Nak buat kecoh ada geng. Kalau duduk depan aku jadi budak nerd kerja buat  hal sendiri je. 

Serba sedikit tentang aku dalam kelas.. Nak bercerita budak tak pandai nie biasalah macam orang selalu dengar.. Selalu buat tuh, selalu buat ini.. Jangan tak percaya kelas kami merupakan kelas yang dicop 'bodoh sombong' oleh cikgu-cikgu. See? 

Fyi, masa upsr aku just dapat 1A4B and masa pmr pon sama 1A4B tapi campur lagi 3C1D. Complete selamat takde E. Hahaha XD So senang cerita aku just dikategorikan sebagai pelajar yang sedang-sedang. Tak pandai sangat dan tak lemah sangat.

Okay here a few tips bagi pelajar yang rasa macam mana nak gempakkan result korang. Budak yang dikategorikan macam aku lah kan tengah-tengah nie.. What I've done for my Spm~

1. Pergi tuition (mana yang parents bagi)
Aku just pergi tuition Bm, Math, Akaun & Sc. Bm & Math act aku dah start tuition dari f3 with the same teacher. For Akaun dgn Sc aku start masa f5. Untuk mencari cikgu Akaun sangat lah susah! Aku plak jenis yang tak suka tuition ramai-ramai macam dalam kelas. Pergi tuition saja-saja tak tumpu perhatian sepenuhnya dekat cikgu. Faham tak dapat yang dapat just jumpa kawan-kawan. Useless kan?

Yang paling rare sekali aku tuition akaun. Nak tau berapa jam? Aku start tuition dari pukul 9.30 pagi sampailah 12.30 tengahri. Kiralah sendiri.. Bagi aku jangka masa yang panjang macam tuh kalau bawak Mercedes 120 km/j pergi Melaka dah sampai. Agaknyalah~ Itu pun aku rasa dah sampai tinggal nak cari kedai untuk makan. Kalau macam kereta mak aku Nissan tuh and mak aku plak yang bawak 100 km/j masih dekat highway tapi dah nak sampai. Kira macam dekat tol nak masuk bandar Melaka lah. Hahaha :D macam bagus je aku main agak-agak nie. Yelaa secara logiknya sangat penat duduk menghadap akaun lama macam tuh. Sampai satu tahap aku rasa macam nak muntah! Dah tuh aku sorang je student yang diajar. Kira one to one.. Mahu tak cikgu tuh tumpu dekat aku je? Bagi rehat 15 minit pun macam tak bagi -.-

2. Hubungan dengan Allah & Ibubapa *act ini yang pertama..
Wajib sempurnakanlah solat 5 waktu. Sentiasa jumpa dengan Allah. Kita baik dengan Allah, Allah baik dengan kita. Same goes too mak ayah. Aku plak dah takde ayah so hanya menumpang kasih dengan ibu. Sebab tuh kalau boleh aku tak nak susahkan mak aku. Dah penat hantar aku pergi tuition bagai hari minggu tak dapat rehat, so kita balas lah jasa dia kan? Macam aku yang takde ayah nie rasa macam nak bagi arwah ayah aku bangga dengan aku even dia dah tak ada buat selama-lamanya..

Jangan lupa jumpa Allah dimalam hari sewaktu orang lain dok ghalit berselimut selesa.. Kita gagahkan diri jumpa Allah.. Salah satu caranya untuk kita luahkan isi hati kita dalam masa yang sama tunjukkan cinta kita kepada Pencipta. Al-Quran kitab cinta Allah jangan lupa untuk baca! Kalau boleh satu hari baca lah 1 m/s kalau lebih, lagi baik. Al-Quran juga yang akan bantu kita diakhirat nanti insyaAllah kalau kita selalu baca.. Lepas dah jumpa Allah study lah time tengah sunyi-sunyi orang tengah tidur. Kalau aku tak boleh study baca membaca punya time malam-malam. Cepat mengantuk! Kalau kira-kira like math & account itu boleh tahan lagi. Lagi satu peneman aku time-time macam tuh adalah Nescafe! Hahaa tapi untuk student tak elok act. Banyak caffeine kan? Ikut cara sendiri dengar muzik ke ayat suci al-quran ke. Cara masing-masing.. Other than that, sabtu ahad kalau ada kelapangan buatlah solat dhuha. Solat dhuha kan pembuka rezeki. InsyaAllah selagi kita rasa diri kita dekat dengan Allah, kita sentiasa berdoa.. Allah akan makbulkan. Yang penting husnuzon (bersangka baik) dengan Allah!

3. Usaha
Kalau tak ada usaha macam mana nak berjaya? Asyik dok berdoa berdoa ingat ada tuah yang nak jatuh dari langit? Hujan turun adalah~ hehehe kalau kita tak minat macam mana pun dengan sesuatu subjek tuh, ingat Allah yang pilih kita untuk belajar subjek nie! Dulu memang aku seorang anti-akaun. Tengok kertas homework cikgu bagi aku jadi blur. Tak tau nak buat apa sampai menangis! Ada satu tahap tuh jumpa cikgu yang ajar aku akaun minta maaf mana tau selama aku belajar tak berkat sebab tuh tak masuk-masuk dalam kepala nie. Now bila dah dapat cikgu tuition yang baik aku faham apa yang diajar ditambah cikgu sekolah ajar, secara tak langsung perasaan minat terhadap akaun tuh muncul secara tetiba. Rasa macam nak bercinta dengan akaun! Hahahaha 

4. Berkat doa dari cikgu
Aku seorang yang agak rapat dengan cikgu-cikgu. Mula-mula tuh sebab geng dengan budak nakal tuh yang rapat then aku mulakan operasi bussiness dekat sekolah jual tupperware lah kek coklat lah tuh yang makin rapat. Haaa masa tuh lah korang amik kesempatan. Bukan kesempatan suruh naikkan markah exam ke apa ke, tidak! Tapi amik kesempatan baik-baik dengan cikgu, minta cikgu tunjuk ajar.. Minta cikgu doakan keputusan kita pada masa akan datang. Minta maaf yang penting! Kita nie student tak lari dari kecik kan hati cikgu. Lagi-lagi budak macam aku nie kan? Geng plak dengan budak yang nakal. Habisss ke laut! Hahaha

Jangan tak tau, masa hari guru aku adalah pelajar yang pelik sebab bukan bagi hadiah macam stuff comel-comel tuh. Tidak~ tapi aku bagi 'surat cinta' tangkap jiwang kauuu! *kononnyaa~ Aku luahkan segalanya dekat dalam 'surat cinta' tuh. Nak cakap depan-depan maluuu *tutupmuka 

Masa nak habis sekolah dalam sehari dua hari macam tuh aku buat kek coklat untuk semuaaaa cikgu yang aku ajar. Bagi aku itu je yang mampu aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab ajar aku selama nie. Korang yang tak mampu nak bagi apa-apa jangan paksa diri buat kerja gila macam aku plak! Ini memang atas dasar hati aku sendiri. Aku yang nak buat! Takde siapa-siapa yang paksa. 

5. Kongsi ilmu
Bila korang pandai dalam satu satu subjek. Please jangan jadi seorang yang kedekut ilmu. Jangan simpan kita seorang je yang tahu. Jangan ada dalam hati ''aku seorang je yang boleh pandai!'' Nooo sila buang jauh-jauh perasaan macam tuh. Shuhhh shuhhh! Tak baik okay adik-adik. Kita bila faham apa yang cikgu ajar, and ada yang kawan kita minta tolong ajarkan, ajarlaaahh~ Kita tak rugi apa-apa pun. Tak suka ke tengok kawan-kawan kita faham apa yang kita ajar? Kan seronok! Lepas semua dah faham boleh belajar buat sama-sama kan? Persahabatan pun makin erat. Jangan tak tau ukhuwah antara kawan-kawan pun salah satu faktor keberkatan tau! Kita buat baik dengan kawan-kawan, kawan-kawan doakan kita berjaya insyaAllah doa kawan kita tuh Allah angkat hingga ke langit tujuh. Tak ke seronok? 


Mula-mula belajar memang lah semuanya nampak macam dalam 'tong sampah' busuk tak lawa bersepah semua ada! Tapi kita sendiri boleh ubah 'tong sampah' tuh jadi bersih. Sampah-sampah masuk dalam satu plastik ikat elok-elok dan letak baik-baik dalam 'tong sampah'. Nnt bila mbjb datang 'tong sampah' dah tak busuk. Ye dak? Ada aku bagi perumpaan tong sampah? Hahaha tak senonoh betul! Korang buat lah perumpaan sendiri. Nie perumpaan aku! Hahaha suka hati aku!

Kalau nak senang mula-mula kita tak akan belajar apa itu kesilapan. Betul tak? Mana boleh nak senang je. Belajar susah dulu. Macam kisah Rasulullah dulu naik ke langit berjumpa dengan Allah supaya kurangkan solat 50 waktu ke 5 waktu. Ingat senang ke Rasulullah turun naik langit berjumpa dengan Rasul sebelum baginda. Semata-mata untuk kesenangan umatnya. Sekarang kita dah senang solat 5 waktu je kan? Tapi masih ada lagi yang tak nak solat. Allahu~ adakah cinta kita kepada Rasulullah sedalam cinta Rasulullah kepada kita? *okay selit sikit perkara tak berkaitan.

Apa-apa pun niat belajar kerana Allah. Pergi sekolah memang seronok! Ohh rinduu saat-saat moment-moment dekat sekolah.. Rindu dekat kawan-kawan :'( sobs sobs. Formula kehidupan paling ringkas dan mudah insyaAllah kalau kita buat, kita berjaya iaitu

Usaha --> Berdoa --> Tawakkal kepada Allah

Semoga sedikit ilmu yang disampaikan nie bermanfaat buat semua. Aku tak tekan kan kepada budak yang pandai sebab yelaaa dorang otak memang dah geliga. Kadang-kadang ada yang tak belajar sangat pun dah boleh score dalam exam. Aku pon pelik~ Tapi tak ada yang pelik selagi Allah izinkan.. 

Kita yang sedang-sedang nie janganlah dok senang lenang belajar macam budak yang dah pandai. Effort tuh lebih sikit! Kalau tak dapat apa yang kita nak at least kita dah cuba dan Allah nampak dan nilai semua tuh. Jangan terlalu fikir pandangan manusia terhadap kita tapi fikirkan pandangan Allah terhadap kita. Baik kah? Buruk kah?

Sangat-sangat panjang kan entry aku kali nie? Niat nak buat entry lagi satu malam nie. Kira 2 entry dalam satu malam tapi memandangkan jam pun dah menjangkau 12 lebih. Aku nak sambung baca novel before plkn sabtu nie so kena habiskan esok! InsyaAllah kalau diizinkan esok aku buat entry untuk kali terakhirnya before pergi plkn.. Ohhh Allah :(

*eh tak habis lagi? Hahaha kepada yang dapat menghabiskan entry aku yang terlalu panjang nie aku ucapkan tahniah syabas mabruk congrats terima kasih thank you syukran! Love much much dari aku muah muah :) Moga kita sama-sama dibawah lindungan Ilahi dan kita sama-sama berpimpin tangan menuju JannahNya ya? InsyaAllah amin semuaaaa ;)

Assalamualaikum..


Old things | New things