TITLE; Result Came Out
Monday, March 25, 2013 | 12:22 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful
Hari Khamis yang lepas merupakan hari yang sangat horror untuk aku & budak spm 2012. Masing-masing tak senang duduk before the day result keluar. Ada yang tak boleh tidur.. Ada yang macam orang bercinta makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Ye dak? Aku agak relaks tapi tidak lah sampai buat tak tahu je. Nak gabra sangat pun tak boleh jugak sebab benda dah lepas. Apa yang dapat kena terima..
Seminggu sebelum result aku sangat rajin 'jumpa Allah' berdoa berdoa & berdoa! Bukanlah nak kata sebelum nie tak 'jumpa Allah' tapi ini yang memang extreme punya lah. Risau dalam hati je tak nak tunjuk-tunjuk even kalau in the real aku rasa hati nie macam nak meletup tunggu hari Khamis.
The dayy result keluar... Yakni hari Khamis bertarikh 21 Mac 2013 aku bangun pukul 9 pagi. Hahaha XD kelakar kan patut nya tak boleh tidur ini lepas subuh terlajak sampai tengahari. Aku memang tak nak datang sekolah awal sebab result keluar pukul 10 pagi. Nak pergi pagi-pagi buat apa? Makin aku ketak' lutut adalah..
Pada mulanya nak check through sms pukul 10 pagi tapi aku takde keberanian. At last dalam pukul 11 lebih baru keluar rumah. Tuh pun mak aku call abang aku dok marah pergi lambat -.- Sampai-sampai sekolah tunggu besties aku and amik result sekali. Rupa-rupanya besties aku dah check through sms. Tuh yang cool tahap peace je muka dia sebab dah tahu. Aku nie yang macam cacing kepanasan! Nak jalan pun rasa macam nak mengesot sebab tak mampu nak berdiri. Hahaha XD slow the motion je aku masuk pagar sekolah..
Masuk dewan skru lutut aku dah longgar sampai rasa macam nak cari kerusi. Tangan dah menggigil asyik genggam je. Jumpa kawan-kawan kelas lain salam dia orang sampaikan ada seorang kawan aku tanya 'wa kenapa tangan kau sejuk?' Hahaha takut punya pasal. Sampai tempat nak amik result, aku tak dapat nak amik sebab buku pinjaman aku. Aku dah pulangkan okeh lepas habis sekolah cuma tak sign je tuh yang tak dapat amik result.
Lepas dah settle pasal buku pergi balik dewan. Masa tuh betul-betul jantung berdegup laju macam kereta BMW 3series bawak dekat highway 140 km/j! And fyi, aku dah rasa nak menangis sebab takut punya pasal! Hahahahah XD Bila akak kaunter result tuh nak bagi slip aku, akak tuh punya muka dah bagi aku nervous. Lepas dia tengok dia cakap 'lepas nie jumpa Cikgu Fazidah ye?'
The time dia bagi result aku tak amik tapi tapi air mata aku dah start bertakung. Besties aku tolong amik kan dia tengok kira-kira aku dapat 7A! Aku tak amik slip aku tapi aku terus peluk besties aku and menangis macam aku berdua je dengan besties aku dalam dewan tuh. Dengan besties aku sekali menangis! Sweet tak kami ;)
Lepas dah lama sikit aku call mak aku tapi besties aku yang tolong dialkan sebab aku dah tak tau nak tekan apa & tangan aku menggigil tahap tak boleh control! Call mak aku tak cakap apa-apa tapi menangis. Dah tenang sikit baru aku bagitau result aku. Alhamdulillah the first word mak aku cakap.. Syukur :') Lepas jumpa cikgu semua balik & meronggeng dengan besties aku pergi jenjalan! Hahaha orang patutnya balik rumah..
Honestly aku sangat sangat sangat terkejut! Aku bukan lah budak yang pandai.. Masa trial dulu pun aku just dapat 2A complete set ada B, C & D.. Macam mana aku boleh terlompat jauh macam tuh pon aku tak tau. Maha Suci Allah selagi kita berdoa berdoa & terus berdoa insyaAllah Allah bantu :')
Sujud syukur aku terhadap Ilahi kerana bagi aku peluang membanggakan ibu aku & arwah ayah aku. Kalau laaa ayah masih ada............
Honestly aku sangat sangat sangat terkejut! Aku bukan lah budak yang pandai.. Masa trial dulu pun aku just dapat 2A complete set ada B, C & D.. Macam mana aku boleh terlompat jauh macam tuh pon aku tak tau. Maha Suci Allah selagi kita berdoa berdoa & terus berdoa insyaAllah Allah bantu :')
'' Selagi ada harapan bagi orang yang berusaha dan selagi ada harapan bagi orang yang berdoa''
Sujud syukur aku terhadap Ilahi kerana bagi aku peluang membanggakan ibu aku & arwah ayah aku. Kalau laaa ayah masih ada............
Assalamualaikum..