html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Say Goodbye
Friday, March 29, 2013 | 9:25 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful

Tomorrow.. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi aku bakal meninggalkan rumah untuk beberapa bulan. Cehh ayat nak sedih kan? Ofcourse sedih okayy?! Aku kena tinggalkan twitter, facebook, tv, drama melayu, drama korea, stalk orang, baca novel and yang paling penting aku kena tinggalkan blog tercinta aku nie sekali :'(

Before pemergianku untuk esok hari.. I wanna say thanks to all of you baik family aku, family besar aku which is 'family cik biru', besties terhebat aku, kawan-kawan arwah ayah aku & sesiapa sahaja yang mengenal diri ini. Ucapan yang patut aku katakan minggu lepas akan ku katakan hari ini. Sekali jalan~ Hahaha terima kasih diatas segala-galanya. Doa yang diutuskan tidak putus-putus sangat menghibakan hati aku. Moga apa yang didoakan untuk aku Allah kembalikan dekat korang. InsyaAllah :')

Birthday aku kali ini (sweet eighteen) adalah birthday yang sangat sangat sangat terindah *sobs sobs touching part. Hahaha XD pada mulanya aku just anggap 18 Mac 2013 hanyalah hari yang sangat biasa sekadar air mata yang menemani pada hari tersebut. Choyyy sedih betul birthday aku! Tapi ianya bertukar hari yang sangat indah apabila hari khamis (result spm) I've got a super duper good result alhamdulillah. And I realized Allah akan berikan sesuatu ganjaran yang lebih baik untuk kita andai kita bersabar :') Syukran Ya Rabbi..

Lebih seronok after jumpa all the aunty, uncle & cousin dekat kampung sebab ada kenduri kahwin hari Sabtunya 23 Mac 2013 dorang sambut birthday aku campur sekali dengan result aku campur sekali dengan meraikan aku pergi plkn. Part plkn aku rasa tak patut diraikan -.-' But honestly tahun nie adalah tahun yang paling banyak aku dapat hadiah. Sebab sebelum nie hadiah macam nak tak nak je. Kekadang ada kekadang tak bagi. It's okay I tak kisah pun. Hahaha *ayat pasghah!



Mengakal tak mengakal lah kan birthday kek aku. Paling tak tahan gambar gedik aku tuh. Mana dorang dapat aku tak tau. Nakal ehh korang?! Aku sendiri rasa macam nak bagi penyepak dekat muka yang pakai baju plkn tuh -.- hahahahaha :D


Seronok okehhh bila dapat hadiah banyak macam gini. Yelaa tak pernah merasa. Dapat rasa pon time dulu kecik-kecik comel-comel je. Sekarang bukan takat comel, comot adalah! Hahahah anyway thanks to beloved mom for the Note II pink colour youallsss~ Maklum lah I'm the girl girl one kan? Huhuhu

Thanks to my beloved Aunty Sara's Family for the mug yang tomey tomey tuh. Thanks to my beloved cousin Kyna, Intan & Dyla for the birthday present. I loikeee the story book one. Memang dah lama cari story about Rasulullah.. And thanks korang bagi! Tapi entoh bila aku dapat khatamkan 2 buku tuh sebab dah pergi plkn. Tak sempat membaca nya. But insyaAllah I'll try bila dah balik dr plkn nnt itu pun kalau tak sambung study lagi. InsyaAllah yang pasti aku akan baca! And thanks to gf abang aku yang bagi duit beli vcd  konsert zikir terapi diri by Hafiz Hamidun karaoke version punya. Hohoho before this dapat beli yang audio punya. Rasa tak puas sebab kalau nak tengok mv zikir terapi diri tuh kena menongok depan oasis dulu dok tunggu mv Hafiz Hamidun keluar. So better aku beli yang karaoke version punya. Boleh tatap puas-puas. *Ehh apa maksud tatap tuh? Hahahaha

No matter what I'm so appreciate for everything. May Allah bless all of you. Tsk tsk :') hopefully semua mendoakan kesejahteraan aku dekat plkn nanti okay? A little bit worry actually :( Yelaaa dicampakkan ke kehidupan yang lain dari lain. Even 3 bulan aku akan menempuhi alam macam askar bagai. Hmm redha kerana Allah pilih aku untuk kesana..

Doakan aku dapat sesuaikan diri dekat sana. Tak nak homesick homesick bagai nie. I'm big enough untuk tinggal dengan family setiap waktu. So here I go untuk hidup berdikari selepas beberapa tahun meninggalkan alam asrama. Ada jugak rasa excited disitu. Hehehe Harap dapat jumpa kawan yang baik, sama-sama menuju ke jalanNya. Kepala gila-gila macam aku walaupunn aku agak muslimah bertudung agak labuh. Well tudung labuh tidak menghalang aku untuk menjadi diri aku sendiri. Right?

Rasa agak sedih sebab lepas nie aku dah akan jarang baca 'kitab cinta Allah' serious rasa nak menangis! Moga Allah temukan aku dengan orang yang baik-baik dekat sana. 3 bulan berlalu dengan sekejapnya. Pejam celik pejam celik dah bulan 6. Hopefully! Banyak manfaat, ilmu & pengalaman yang terbaik akan aku timba disana. InsyaAllah.. Tajdid niat pergi plkn lillahita'ala :')

Lastly, aku nak minta maaf andai selama nie aku selalu buat jahat, nakal, tak dengar kata, degil tahap petala buah pala, selalu sakitkan hati korang, singgung menyinggung perasaan halus korang tuh. Serious talk aku minta maaf okay? Doakan aku panjang umur dapat jumpa lagi dengan korang. InsyaAllah~ gonna miss all of you esp family, cousin & friends :'( Ehh thanks juga kpd cousin & kawan-kawan yang bagi aku semangat untuk kesana esok. Sayang korang sangat sangat okay?! Hujung minggu mesej-mesej lah aku tanya khabar. Hahaha *paling penting tanya aku dah kurus ke belum?! 

Okay that's all. See you again entah bila~ Kalau ada rezeki aku dapat balik seminggu pun jadilah.. Kalau tidak jumpa bulan 6 nanti. InsyaAllah~ Jaga diri, jaga iman, jaga solat, jaga kesihatan & semoga apa sahaja yang korang buat Allah permudahkan okay? ;)

Selamat tinggal~ Jumpa lagi 3 bulan akan datang...

Assalamualaikum..


Old things | New things