html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; I'm Back!
Wednesday, May 1, 2013 | 7:17 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful


Hello hello kepada semua warga blogger! Rindu aku tak? Hahaha sebulan aku tak menengok blog terchenta ini. Ohhh rindu bebenor! Apa khabar semua? Kali nie awal-awal entry dah bagi gambar aku. Hahaha sila abaikan muka aku yang dah rentung tuh. Sad life -.- tapi tidak mengapa. Prinsip aku tak PLKN lah kalau muka tak hitam. Ye tak? 

Gambar dekat atas tuh gambar aku dengan buddy aku dekat sana. Seorang yang suka mengalan aku. Farah namanya. Dari dalam bas duduk sebelah dengan dia sampai lah dekat kem satu company, satu bilik & satu geng. Ada lagi geng aku yang lain tapi gambar tak banyak. Lain masa lepas balik latihan aku update okay? InsyaAllah 21 Jun nanti. Sila nantikan.. Hahaha

Nothing special dalam 1 bulan aku dekat PLKN sebabnya aktiviti fizikal like flying fox, panjat tembok etc semua belum lagi. Kitaorang baru didedahkan dengan aktiviti kelas. Dari hari Isnin hinggalah ke hari Jumaat kitaorang masuk kelas je. Quiet boring! 

Setiap hari Isnin sampai Jumaat jurulatih kejutkan kitaorang dalam pukul 5.20 pagi tapi aku bangun awal sikit dalam pukul 5 pagi sebab malas nak berebut bilik air. Siap-siap untuk solat subuh dalam pukul 6.20 kitaorang dah kena berbaris dekat padang kawad untuk pt pagi. PT pagi nie macam senaman pagilah. Senam sampai pukul 7.30 then sarapan pagi. Lepas tuh bersiap untuk pergi ke kelas. Kelas start pukul 9 pagi sampai 12.30 hari. 

Gitu jelah aktiviti kitaorang. Lepas tengahari tuh adalah aktiviti sikit sampai pukul 4.30 petang. Then solat asar dalam pukul 5.20 riadah sampai pukul 6. Macam biasa kalau ada sesiapa tahu makan dekat PLKN 6 kali sehari. Sampaikan aku rasa tak pernah tak kenal erti tak kenyang! Hahahah always eat. Kitaorang makan banyak kali tapi tiap hari exercise. Dari dewan makan nak ke dorm pon kena naik bukit bagai. Sentiasa bermandi peluh kitaorang dekat sana.

Ops lupa nak bagitau aku company charlie. Kalau korang tengok dekat gambar aku tuh shoulder aku berwarna kuning that's mean company charlie. Senang nak kenal pasti. Nothing special duduk dekat sana. Boring je lebih. Aku dapat handphone time hari sabtu malam. Sumpah lambat gila! Kem lain ada yang dpt jumaat malam tapi kem aku macam sadis gila! Hari ahad malam dah kena pulang balik. Kejam tak kejam lah kan sekejap je pegang phone. Dengan takde line. Sedih tau duduk dalam kem tuh. 

Dapat cuti sem nie pon Ya Allah sedihnya sekejap je tau! Hari Sabtu dah kena balik kem balik. Nak nangis pleaseeeee :'O aku bakal rindu rumah, bilik aku, internet & everything selama sebulan lebih lagi. Goshhhhh terseksa jiwa raga! Please korang jangan rindu aku sangat tau! Hahahahah *gelabah ayat!

Okay that's all! Nantikan kepulangan aku 21 Jun nanti insyaAllah. Kalau aku dapat mana-mana tawaran maybe dapat keluar awal tapi rasa sayang. Even plkn sangat sangat boring tapi rasa sayang kalau tak habiskan latihan sampai hujung. Rugi okay rugi.. Every moment dekat sana sangat bernilai. So apa-apa pun I have to appreciate it!

See you all again okay. Jaga diri, jaga kesihatan, jaga iman, jaga hati. Moga kalian sentiasa dibawah lindungan Ilahi. InsyaAllah take care from me wirawati Wawa :)

Assalamualaikum..


Old things | New things