html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Seronok ke?
Monday, May 13, 2013 | 8:39 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful


Alhamdulillah.. Saya kembali untuk seketika! Hehehe sujud syukur ke hadrat Ilahi sebab aku dapat interview ke IPG tadi pagi untuk subjek Bahasa Melayu. Pada mulanya memang cuak tahap nak pecah perut *cehh tipu je sebenarnya. Hahaha :D Alhamdulillah sekali lagi everything berjalan dengan lancar. Big thanks kepada semua yang mendoakan & yang sentiasa memberi support dari belakang. Terharu sangattttt! Harapan yang menggunung semoga aku dapat interview tuh & future study dekat IPG at last jadi cikgu BM. Cita-citaku~

Memandangkan ada sedikit masa nie, aku nak selitkan sedikit pendapat aku sendiri tentang individu yang sentiasa memandang remeh tentang hukum Allah. Sungguh tidak menujukan entry ini untuk sesiapa. Sekadar pandangan dari penglihatan sekeliling yang dilihat.

Kadang-kala ada sesetengah hamba Allah tidak pernah memandang serius tentang amanah yang telah Allah berikan. Siapa kita sebenarnya didunia ini? Adakah kita sibuk mencari kesenangan dunia tanpa memandang perkara yang bakal datang iaitu akhirat kelak?

Perkara yang paling penting tetapi sentiasa dipandang enteng iaitu tentang solat. Aku bukanlah seorang yang warak mahupun solehah tetapi kita sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik dimata Allah. Itu yang utama. Namun masih ada yang tidak mahu perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Jika diikutkan kita sendiri sudah besar, meningkat usia. Dosa pahala kita dah tau & pasti tapi masih lagi buat tak tahu. Allahu mengapa?

Sampaikan kita sanggup meninggalkan solat demi kesenangan yang kita sendiri pasti tidak kekal lama. Singgah dirumah Allah tanpa rasa bersalah tidak berjumpa denganNya walhal hakikat yang sebenar kita boleh berjumpa denganNya (tidak uzur). Dimanakah malu kita terhadap Allah?

Lebih dasyat ada yang tidak takut dengan kuasa Allah, senang-senang mengeluarkan kata-kata yang bagi aku mencabar kekuasaan Allah. Nauzubillah jauhkan aku dari manusia seperti ini. Seronokkah kita meninggalkan perintah Allah? Seronokkah kita mempermainkan hukum Allah? Seronokkah kita tanpa rasa malu meninggalkan perintahNya? Seronok? Muhasabah diri perlu ada...

Fikirkan lah. Kita sebagai hambaNya perlu berubah menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Jadikan kita hamba yang sentiasa Allah cintai dan Allah rindui. MasyaAllah indah benarkan apabila Allah cinta & rindukan kita? Itu lebih seronok! Berubahlah~ Jangan terus berada ditakuk yang lama sehingga tidak ada masa untuk berubah. Allah sayangkan insan yang sentiasa ini berubah menjadi lebih baik. 

Kita bukan anak kecil yang perlu diajar & disuruh setiap masa. Kita dah besar untuk dimarahi selalu hanya kerana perkara yang kita sendiri tahu kita PERLU LAKUKAN. Ingatlah ajal datang tak mengenal usia & waktu. Sama-sama kita berubah lillahita'ala. Tepuk dada tanya iman. Masih ada lagikah iman dihati kita? Moga sentiasa berada dihati & sentiasa meningkat dari hari ke hari insyaAllah..

Maaf andai ada pihak yang berkecil hati dengan entry kali ini. Sepuluh jari aku memohon maaf. Ini sekadar pandangan dari hamba Allah yang tidak punya apa-apa. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah teguran dan doa untuk semua. InsyaAllah :)

Assalamualaikum..


Old things | New things