html> Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Salam Lebaran!
Wednesday, August 14, 2013 | 1:48 AM | 0 comments
Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Most Merciful

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Laungan memuji kebesaran Allah pada 1 Syawal yang lepas menandakan selesai sudah sebulan kita umat Islam berpuasa. Alhamdulillah syukur Ya Rabbi atas peluang yang diberikan mencari keberkatan didalam bulan Ramadhan yang telah pergi meninggalkan kita. Sayu hati kejap :'(

Okay now aku nak merungut sikit. Hahaha tak puas hati sebab cuti untuk budak universiti terlalu sikit okehh! Berapa kerat lah sangat kitaorang budak U nie nak beraya. 4 hari je bagi?! Uhhh duit raya pon tak sempat kumpul tau tau! Tak syiokk langsung!

Tapi tapi yang seghonoknya raya kali nie, agak riuh sikit lah rumah dekat JB tuh sebab aunty dari KL turun hari Selasa before raya. Dapat lah rasa berbuka puasa reramai. Paling syiok first hari raya tak adalah sunyi sepi je rumah kan macam raya tahun lepas. 3 keluarga bersatu hati dekat rumah aku beraya sakan. Best best best!


Gambar raya pertama. Okeh serius ini gambar spontan yang paling aku suka sbb aku yang paling overkan dekat tengah-tengah tuh and I love to be a center hahaha and fyi gambar ini telah menjadi wallpaper bagi phone aku. Ahaks! Ohh rindu mereka sesangat! 

Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih kerana dengan adanya mereka sedikit sebanyak memberi senyuman buat aku, ibu dan ajies kerana tiadanya ayah disisi :') Terima kasih kerana dengan adanya mereka, aku, ibu dan ajies masih lagi dapat merasai nikmatnya berhari raya. Terima kasih juga kerana dengan adanya mereka, aku, ibu dan ajies masih lagi mampu tersenyum riang ketika dipagi raya :')

Hampir 4 tahun ayah tinggalkan kami sekeluarga dan hampir 4 tahun jugalah aku dah tak dapat mengucup tangan ayah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Bukan setakat hampir 4 tahun ini tetapi untuk selama-lamanya...

Namun dengan adanya keluarga Cik Biru ini.. Hilang sedikit kerinduan aku terhadap ayah yang telah pergi buat selama-lamanya. Okeh stop cerita sedih. Hehehe berdrama plak aku kan?

Now life must go on. Aku kembali kepada fitrah berumah tangga dengan Universiti. Hidup bergelumang dengan assignment, quiz, test and paling gerun lagi 6 minggu aku akan menempuhi final exam! Huarghhhhhh cabaran hidup..... Moga aku terus berusaha dan berusaha!

For those yang membaca entry ini, saya yang bernama Nur Izzati Najwa Bt Md Noor masih belum terlambat lagikan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Jalanilah kehidupan dibulan Syawal ini dengan baik hasil didikan sebulan di Madrasah Ramadhan :)

Selamat Berpuasa Enam juga bagi yang berpuasa! 

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Assalamualaikum.. 


Old things | New things